Blog
Category :

Kerajaan Johor jadikan Jalan Tan Hiok Nee sebagai Jalan Kebudayaan [ 04-10-2009 ]

Kerajaan Johor jadikan Jalan Tan Hiok Nee sebagai Jalan Kebudayaan

03/10/2009

JOHOR BAHARU 3 Okt. — Kerajaan negeri Johor telah bersetuju menjadikan Jalan Tan Hiok Hee di pusat bandar raya ini sebagai jalan kebudayaan bagi mengekal dan memelihara sejarah kebudayaan masyarakat Cina di sini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, persetujuan itu selari dengan hasrat kerajaan untuk mengekalkan nilai sejarah setiap masyarakat selaras dengan proses transformasi pembangunan di bandar raya itu.

“Dalam proses transformasi ini, janganlah kita tinggalkan unsur sejarah yang ada agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang,” katanya semasa merasmikan Muzium Warisan Tiong Hua Johor Baharu di sini hari ini.

Menurut beliau, ia juga sebagai mengenang dan menghargai sumbangan masyarakat Teochew khasnya Tan Hiok Nee, seorang saudagar lada hitam dan cengkih yang berjaya di Johor Baharu pada era Sultan Abu Bakar.

Jalan Tan Hiok Nee telah dibangunkan sebagai jalinan pejalan kaki yang selesa, bersih dan teratur yang menghubungkan kawasan perniagaan di Jalan Wong Ah Fook sehingga ke Jalan Dato’ Onn di hadapan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Baharu dan Pejabat Pos.-Bernama






 


You Are Visitor No.92,638 To Visit This Website