PENGENALAN KONG-KONG LAUT (SEJARAH)

Kami telah mendapati sejarah pembukaan Kong Kong Laut ini saling berhubung kait di antara satu sama lain. Bermula pada era zaman dahulu lagi sejak 200 tahun yang lalu. Ianya bermula sebelum Perang Dunia ke-2 lagi. Apa yang menariknya, kampong ini dibuka oleh sekumpulan pedangang yang datang ke kawasan ini untuk melawi dan mencari rezeki. Kebanyakkan mereka melakukan aktiviti dengan menangkap hasil tanggapan laut. Kumpulan ini diketuai oleh seorang pedagang bernama Batin Tahir serta rakan-rakannya. Mitos nama perkampungan ini bermula ketika Batin Tahir dan kumpulannya telah datang untuk melawi (berjalan) di sekitar laut untuk melihat Selat Mendana.

Pada masa dahulu tiada lagi jalan darat, maka laluan perjalanan pada masa dahulu hanyalah menggunakan laluan air. Untuk sampai ke sesuatu destinasi laluan darat mestilah melalui titian yang dibina dengan menggunakan kayu yang besar dan kukuh sebagai titian, Kayu ini haruslah ditebang terlebih dahulu dan diletakkan di antara hujung satu sama lain. Kayu ini menjadi laluan utama untuk melintas di antara daratan lain dengan daratan yang lain. Kadangkala ianya menjadi punca rezeki kepada penduduk, tanpa titi ini aktivi seharian tidak mungkin dapat dilakukan.

Selepas itu mitos ini diteruskan dengan penerangan dari Ketua Kampung Kong Kong Laut yang menceritakan bahawa pada masa dahulu, nama Perkampungan Kong-Kong masih lagi belum wujud, Dan mitos ini timbul apabila pada suatu hari kumpulan tersebut telah menjalankan tugas harian seperti biasa. Semasa melawi (melalui) titi tersebut, salah seorang daripada mereka telah terjerongkong dan jatuh ke bawah, dan Batin Tahir telah mendapat satu idea bahawa melalui peristiwa tersebut tempat ini deberikan nama Jerongkong.

Pada permulaannya selat ini dikelilingi oleh hutan-hutan tebal yang masih belum diterokai dan hanya terdapat fauna sahaja yang mendiami kawasan ini. Hasil daripada penempatan kumpulan ini, telah mewujudkan kampong ini dengan nama Kong-Kong.

Selepas penempatan wujud di situ, mengikut pendapat penduduk kampong pada zaman dahulu juga, kebanyakan rakyat yang berkahwin dan mempunyai zuriat akan diberi nama mengikut apa yang terlepas pada mulut, fikiran dan pandangan mereka. Kadangkala nama anak-anak pada zaman tersebut dipengaruhi oleh factor persekitaran. Antara nama yang biasa didengar adalah hutan, bongit, degil, mawar dan lain-lain lagi.

Melalui usaha yang telah dijalankan, hari demi hari telah wujud satu perkampungan kecil hasil dari kedatangan pedangan ini. Dan akhirnya telah wujud satu perkampungan yang sangat hormoni dan aman. Untuk perkembangan masa akan datang, difahamkan perkampungan ini akan dimajukan oleh pihak kerajaan bagi pelbagai projek pembinaan pembangunan.

Dari masa ke semasa perubahan berlaku sehingga apa yang ada pada hari ini.


PROFILE KAMPUNG


Kampung Sungai Penderam

*Desa Makmur
*Desa Mewah
*Desa Pingitan

Kampung Kong Kong Laut

Kampung Desa Sayang

Kampung Tengah
*Sungai Latoh-Kong Kong

Kampung Sungai Serai

Ladang Keck Seng







 


You Are Visitor No.92,605 To Visit This Website