Blog
Category :

Mula Bayar Tol SDE [ 09-10-2009 ]

Pengguna mula bayar tol SDE

JOHOR BAHRU 8 Okt. – Para pengguna Lebuhraya Senai Desaru (SDE) bagi laluan pakej 1 dan 2 yang dibuka kepada orang ramai mulai 10 September lalu akan dikenakan bayaran tol berkuat kuasa mulai tengah malam ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh berkata, bayaran berkenaan akan dikenakan mulai pukul 12.01 tengah malam menggunakan pelaksanaan kutipan secara sistem tol tertutup.

‘‘Kadar tol yang dikenakan adalah mengikut jarak perjalanan yang ditetapkan dan kelas kenderaan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pakej 1 membabitkan laluan dari persimpangan MSSC hingga persimpangan Ulu Tiram manakala pakej 2 adalah laluan dari persimpangan Ulu Tiram ke persimpangan Cahaya Baru serta Jalan Sambungan Pasir Gudang.

Ismail berkata, SDE mempunyai tiga plaza tol iaitu di Senai, Ulu Tiram dan Cahaya Baru yang membuat kutipan mengikut kelas 1 hingga 5.

Katanya, pengguna Kelas 1 yang keluar di Plaza Tol Senai, dikenakan bayaran sebanyak RM3.70 jika masuk dari Plaza Tol Ulu Tiram dan RM7.60 dari Plaza Tol Cahaya Baru.

Bagi Kelas 2, bayaran sebanyak RM5.60 dari Ulu Tiram dan RM11.40 dari Cahaya Baru, Kelas 3 (RM7.50 - Ulu Tiram, RM15.20 - Cahaya Baru), Kelas 4 (RM1.90 - Ulu Tiram, RM3.80 Cahaya Baru) dan Kelas 5 (RM1.40 - Ulu Tiram, RM2.90 Cahaya Baru).

Para pengguna Kelas 1 yang keluar di Plaza Tol Ulu Tiram dikenakan bayaran RM3.70 jika masuk dari Senai dan RM4.70 dari Cahaya baru.

Kelas 2, bayaran sebanyak RM5.60 dari Senai, RM7 dari Cahaya Baru, Kelas 3 (RM7.50 - Senai, RM9.30 - Cahaya Baru), Kelas 4 (RM1.90 - Senai, RM2.30 - Cahaya Baru) dan Kelas 5 (RM1.40 - Senai, RM1.70 - Cahaya Baru).

Di Plaza Tol Cahaya Baru, pengguna Kelas 1 akan dikenakan bayaran RM7.60 jika masuk dari Senai dan RM4.50 (dari Ulu Tiram) manakala Kelas 2 (RM11.40 - Senai, RM7 - Ulu Tiram), Kelas 3 (RM15.20 - Senai, RM9.30 - Ulu Tiram), Kelas 4 (RM3.80 - Senai, RM2.30 Ulu Tiram, Kelas 5 (RM2.90 - Senai, RM1.70 Ulu Tiram).

Company : -
Tel : -
Fax : -
Address : -
Email :
Website : http://pklee.mppg.my





 


You Are Visitor No.92,607 To Visit This Website