Blog
Category :

Ucapan penanguhan 12/2009 [ 01-01-2010 ]

Selamat sejahtera kepada Tuan Yang Dipertua, semua Ahli Majlis MPPG, ketua-ketua jabatan MPPG. Salam 1 Malaysia

 

Terlebih dahulu saya ucapkan terimakasih kepada Tuan Yang Dipertua dan semua Ahli Majlis kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat ucapan penangguhan.

 

Saya rasa bangga kerana jadi salah seorang  Ahli Majlis yang memberi ucapan penanguhan di hari pertama tahun 2010, dan saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yang hadiar pada pagi ini.

 

Tuan Yang Dipertua, 20 tahun dahulu, saya pernah berkerja di sebuah kilang di Pasir Gudang, pada masa itu, kalau kita hendak membeli kereta, orang kata, jangan beli kereta kepunyaan orang yang tinggal ataupun yang berkerja di Pasir Gudang, sebab kawasan perindustrian berat sini mengeluarkan bahan kimia yang mudah mengaratkan kereta , lagipun udara berbau kimia mungkin tidak sihat untuk kesihatan kita. Itulah sebab saya hanya berkerja 2 bulan sahaja di kilang itu. Lepas itu, saya jarang berjejas di kawasan Pasir Gudang ini. Apabila saya diberitahu saya akan diberi usaha sebagai Ahli Majlis di  Pasir Gudang, saya masih ada bimbang tentang keadaan suasana alam di sekitar sini, tetapi apabila saya mengelilingi disekitar Pasir Gudang,  kebimbangan saya itu adalah lebih semata-matanya. Pasir Gudang ini berbeza dengan PBT yang lain, apabila masuk ke kawasan Pasir Gudang, disini dikelilingi oleh pokok-pokok yang indah, suasana disini sudah berubah apabila dibanding dengan 20 tahun dahulu. Ini adalah usaha PBT Pasir Gudang yang menjadikan Pasir Gudang selain daripada kawasan perindustrian yang penting, ia juga amat sesuai untuk jadi tempat kediaman yang indah.

 

Tuan Yang Dipertua, usaha ini akan terjejas sekiranya pihak tertentu tidak menjalankan tugas masing-masing. Saya berikan contoh: Jikalau dahan pokok tidak dicantas, rumput tidak dipotong, daun-daun tidak disapu, sampah tidak dikutip, jalan tidak diturap, lokang tidak dibersih, apa akan terjadi? Penduduk-penduduk tempatan akan menyalahkan kerajaan. Kerajaan tempatan akan menjadi sasaran utama yang dikritikkan.

 

Apa yang rakyat mahu? Sebenarnya semua keperluan yang saya sebut tadi, jika diselesai dengan cepat, semua rakyat tentu puashati, inilah asas kehidupan kita. Tetapi, adakah penduduk tempatan berpuashati dengan keadaan yang serupa  sekarang ini? Rupanya tidak. Kita boleh lihat apa masalah yang kerapkali dibawah oleh Ahli Majlis kita, semua serupanya. Apa yang saya sebut pada mulanya, kelihatan di Pasir Gudang rupanya sesuai untuk tempat kediaman, tetapi kalau hendak lihat dengan lebih teliti, sudah tentu banyak masalah dikawasan-kawasan tempat kediaman. Sebenarnya kawasan PBT MPPG bukan luas sangat, kalau tidak termasuk Sg Tiram, Kongkong, Tg Langsat, kawasan sini kecil sahaja, saya tidak faham kenapa masalah-masalah sampah, jalan-jalan, dahan-pokok, yang saya sebut tadi tidak boleh diselesai dengan cepat. Kita ada kereta rondaan sendiri, kita ada kontraktor-kontraktor yang tetap, tetapi masih ada banyak masalah yang serupa ini dibawa oleh Ahli Majlis untuk tindakan MPPG¡£

 

MPPG ialah salah satu PBT yang dapat  kepujian ISO 9001, tetapi memandangkan aduan-aduan yang selalu dibangkitkan adalah sama, saya rasa ragu adakah ISO ini dipatuhi dengan peraturan yang ditepatkan dari semasa ke semasa? Yang paling penting ialah kontraktor-kontraktor yang dilantik adakah mengikut peraturan-peraturan yang diberikan? Kalau tidak, kenapa kontraktor yang tidak mengikut peraturan masih boleh dapat kontrak yang ditawarkan? Disinilah kita mahu melihat adanya perubahan sistem pelantikan kontraktor-kontraktor, seperti kontraktor angkat sampah, kontraktor lampu jalan, kontraktor jalanraya, kontraktor potong rumput, dan sebagainya. Dan menjejak ke tahun yang akan datang, kita tidak mahu lihat aduan-aduan yang serupa ini dibangkitkan lagi.

 

Tuan Yang Dipertua, rakyat selalu ada satu soalan. Kita boleh nampak jalan selalu berlobang-lobang, satu hari, jalan diturap dengan cantik, tetapi tak lama lagi, kita nampak sesuatu pihak mengorek parit untuk menanam paip-paip, tetapi lepas itu parit tidak diturap dengan betul. Kita mula dapat aduan-aduan. Satu hari lagi, jalan diturap dengan cantik semula. Tetapi tak lama lagi, satu  pihak mengorek lobang lagi. Keadaan ini berulang-ulang, kita tidak tahu masalah bermula dari mana? TNB? SAJ? Atupun telekom? Kenapa semua projet ini tidak boleh dirancang dengan teratur? Keadaan ini yang membazir dan selalu mendatangkan kesusahan pengguna  jalanraya, yang pentingnya bahaya kepada pengguna jalanraya. Jadi kita berharap MPPG apabila meluluskan sesuatu projek, semua aspek ini hendak dipertimbangkan.

 

Tuan Yang Dipertua, Pasir Gudang sebagai salah sebuah Bandar sukan, kita ada padang lumba kereta, kita ada stadium bolasepak yang bermutu, kita ada stadium serbaguna yang boleh menganjurkan sukan antarabangsa, tetapi, memandangkan sukan SEA yang baru-baru lepas, acara yang memugut paling banyak emas ialah acara dalam kolam merenang( dari jumlah 40 emas, 9 ialah acara merenang, 5 ialah dalam acara menerjun), dimana dikawasan MPPG kita tidak dapat lihat ada kolam renang yang bermutu antarabangsa. Saya tidak pasti samada MPPG sudah ada rancangan untuk membina sebuah kolam renang yang bermutu, kalau tidak, diharap dapat dikaji dalam rancangan kewangan yang akan datang. Walaubagaimana pun, jika rancangan membina kolam renang ini diluluskan, ianya mesti diurus dengan teratur. Kita tidak mahu lihat rancangan ini jadi rancangan gajah putih, ataupun jadi kolam biawak, Saya yakin dibawa pimpinan Tuan Yang Dipertua yang bijak dan cekap, semua rancangan yang diluluskan dijalan dengan teratur.

 

Tuan Yang Pertua, kawasan MPPG boleh dikatakan sebagai kawasan berpotensi, kita mempunyai pelabur-pelabur dari seluluh dunia, kita boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti berantarabangsa, tetapi kemudahan asas yang diberi masih tidak mencukupi. Khususnya dari segi kemudahan kediaman orang-orang asing ini, samada pelabur-pelabur asing, peserta sukan orang asing, ataupun pelancong orang asing. Hotel yang sedia ada, hanya satu sahaja iaitu Hotel Selesa. Dimana kita tidak ada pilihan lain. Ini mengakibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan hanya terhad. Jika lebih hotel bermutu antarabangsa dibina di Pasir Gudang ini, bermakna lebih kegiatan ekonomi boleh dijalankan, ini akan membawa kerja-kerja kepada penduduk di sekitar kawasan Pasir Gudang, seterusnya membawa keuntungan kepada MPPG dalam segi cukai-cukai, iklan-iklan yang dikenakan.

 

Tuan Yang Dipertua,  MPPG mempunyai perpustakaan sendiri. Apa yang saya dapat maklumat dari laman web MPPG,  perpustaka ini di lancar pada tahun 1986. Mengikut statistik pada Jun 2003, kita mempunyai 57,429 naskhah buku, dan mempunyai keahlian 10,711 orang . Angka ini sangat rendah, Ini bermakna rakyat masih kurang berminat membaca. Dikalangan ahli majlis, berapa orang yang sudah jadi ahli? Pernahkah kita masuk ke dalam perpustakaan ini ? Dengan adanya kemudahan perpustakaan ini, kita harap MPPG boleh membuat sesuatu rancangan untuk menarik minat orang ramai berkunjung ke perpustakaan ini. Kita boleh membekalkan computer untuk internet . Pengguna boleh menggunakan perkhimatan ini sebagai alternatif untuk mencari bahan maklumat. Ini adalah untuk menanamkan sikap suka membaca. Selain dari itu, pihak perpustakaan boleh mengadakan aktiviti seperti ceramah, pembahasan, sudut penulis dan sebagainya . Satu hari yang akan datang, MPPG juga akan menjadi satu bandar dengan budaya membaca.

 

Tuan Yang Dipertua, kita sudah masuk ke abad teknologi baru, segala urusan telah dijalan dengan teknologi sains, dahulu semua urusan melalui kaunter, sekarang kita boleh bayar bil-bil dengan melalui internet, aduan-aduan juga boleh melalui internet. Tuan yang Dipertua, untuk memberikan perkhimatan lebih lancar dan bercekap, Semua Ahli Majlis patuh diberi pengetahuan mengguna komputer, kita harap MPPG boleh membekalkan semua ahli Majlis seorang sebuah notebook. Dengan ini, kita ahli Majlis boleh membuat aduan ataupun cadangan melalui internet dari masa ke semasa, dan semua aduan-aduan ini akan diambil tindakan dengan segera.

 

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai ahli majlis dan mohon maaf atas segala kesilapan yang tidak disengajakan.

 

Terima kasih dan selamat menyambut tahun buru 2010.






 


You Are Visitor No.92,637 To Visit This Website